Tuesday, 22 December 2020
Resepi Bayam Petai Dan udang Masak Lemak
Ayam Bakar Makan Bersama Sambal Penyet
Assalaimualaikum..bersua kembali kita dengan resepi yang menambat selera..ceewahh kunun..takdelahh aku takde la pandai mana tapi bagi beginner yang nak cuba-cuba masak boleh lah..sama-sama kita tambah ilmu ok. Arini kita kongsikan resepi ayam bakar makan dengan sambal penyet..alhamdulillah aku dikurniakan suami yang suka makan lauk-lauk kering macam ni..dan sejenis tak memilih makan.
Bahan-bahan:
Monday, 21 December 2020
Bawal Masak Bercili
Assalamualaikum hallluuuuu...😅😅 setelah sekian lama tak ke udara..maklumla..area lembah klang kene PKPB buat kali kedua..lagi sekali kene keje secara gilir2..alhamdulillah tamat dua tiga minggu dah..ade kelapangan bolehlah aku berkongsi resepi disini..untuk resepi seterusnya Bawal Masak Bercili.. En Husband suka masak goreng-goreng camni je..bertambah-tambah nasik..jom kite belajor..
Bahan-Bahan:
Wednesday, 15 July 2020
Resepi Tempe Goreng Bercili
Bahan-bahan:
1 labu bawang besar }
3 ulas bawang putih }
seinci halia } semua dikisar
3 batang cili masak }
1 keping tempe
1 cwn ikan bilis
1 cawan petai (kalau suka)
garam..gula dan perasa
Cara-cara:
1. Panaskan minyak, gorengkan tempe ikan bilis dan petai..iolss goreng dulu petai.
2. Dengan menggunakan minyak yang sama (kalau banyak sila asingkan dulu minyak tu ketempat lain) tumiskan bahan2 yang telah dikisar.
3. Setelah pecah minyak masukkan sedikit air,sedikit saja ye..dan tunggu sampai pecah minyak skali lagi..ulang sehingga 2 -3 kali sehingga cili betul2 masak..bahan yang ditumis akan lebih garing dan ringan.
4. Masukkan gula dan garam. Warna cili akan bertukar setelah gula dimasuk..akan jadi lebih merah dan cantik berkilat.
5. Masukkan tempe dan petai yang telah digoreng. Kacau Sehingga sebati dan tutup api.
6. Setelah sejuk baru masukkan ikan bilis untuk memberi ketahanan pada kerangupan ikan bilis itu..ini lah rahsia nya..siapp untuk dihidang.
Bile bulan puasa akan ada lauk yang tak habis..so panaskan je..ikan tu baru keluar dari microwave..sup ayam tu baru buat..musim PKP kene berjimat cermat..
Thursday, 28 May 2020
Udang Sambal Petai (Ramadhan Ke-2)
Bahan-bahan:-
1/2 kilo udang
setengah cawan petai siap di kopek kulit
2 labu bawang besar
3-4 sudu cili kering kisar
air asam jawa
1 1/2 cawan minyak untuk menumis
garam gula dan perasa
Cara-cara:-
1.Blend Bawang
2.Tumis bawang dan cili.Cara aku memang tak guna bawang putih.(petua semasa menumis,bahan yg ditumis akan kelihatan seperti berair..xpe..biar kan sekira nya kering dan pecah minyak masuk kan sedikit lagi air..sehingga 2-3 kali pecah minyak.Ni rahsia sambal tahan lebih lama dan sedap)
3.Bila sambal dah pecah minyak kesekian kali baru letak air asam jawa dan tggu sampai sambal kering lagi sekali
4. Sambal dah kering dan nampak berminyak cantik boleh masukkan udang dan petai..gaul dan tggu sehingga udang masak sepenuhnya..jangan terlalu lama sbb nanti udang akan keras.
Dahh Siappp...!!
Antara menu lain berbuka aku dan husband..simple2 je.. kami tak suka lauk banyak sebenarnya.
Dalam tak banyak..tapi ni ade la berbaki utk sahur..takde la habis semua
ok lah..bjumpa lagi di next episode ye.. bye..
Resepi Ayam Masak Merah (Ramadhan Pertama)
Monday, 27 April 2020
RAMADHAN DI WAKTU PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN
Waktu PKP ni tak dibenarkan keluar rumah hanya stay at home je.. Buat la ape pon.. Aku ni dh masuk 42 hari korg boleh fikir la mcm mne.. Boleh je nak keluar beli brg keperluan tp hanya ketua keluarga je yang dibenarkan..tidak dinafikan masih ramai yang bdegil..keluar bwk family anak2.. Tapi sejak pihak berkuasa polis, tentera dan kerajaan sendiri perketatkan undang-undang selepas ni kalau ditangkap akan dihadapkan ke mahkamah terus tanpa kompaun macam sebelum ini baru la ade kesedaran.. Tapi ramai jgk yg dihadapkan ke mahkamah.. Degil kan..
Ramadhan kali ni mmg lain dari tahun2 sblm ni..takde sbarang bazar ramadhan.. Kemungkinan raya tahun ni pon tak semeriah tahun2 sblm ni..sbb tak dibenarkan berkumpul kan..dengar2 suami aku cakap die kene bertugas hari raya..nak buat macam mane..jodoh dengan frontliner.. Nasihat aku pada semua..walaupun tahun ni kite tak seperti selalu..sabar dan teruskn berjuang menentang virus ni..kpd frontliners.. Tq kerana berjuang sehabis mungkin demi bangsa dan negara..jasa anda hanya Allah SWT sajayg dpt balas..
#donebebeltoday
#byebye
#stayhome
#staysafe
#kitajagakita