Tiada apa yang istimewa..semua cerita dalam blog ini sebahagian daripada "Perjalanan" hidup saya untuk dikongsi bersama anda..

Thursday 28 May 2020

Udang Sambal Petai (Ramadhan Ke-2)

 Ramadhan ke 2 menu nye sambal udang petai. Sejak PKP husband suka beli barang dapo..habis topup..habis je topup balik..aritu nengok die bli udang ngn petai so paham la..ape yang die nak makan.ok jom kite mashakk..

Bahan-bahan:-

1/2 kilo udang
setengah cawan petai siap di kopek kulit
2 labu bawang besar
3-4 sudu cili kering kisar
air asam jawa
1 1/2 cawan minyak untuk menumis
garam gula dan perasa

Cara-cara:-

1.Blend Bawang
2.Tumis bawang dan cili.Cara aku memang tak guna bawang putih.(petua semasa menumis,bahan yg ditumis akan kelihatan seperti berair..xpe..biar kan sekira nya kering dan pecah minyak masuk kan sedikit lagi air..sehingga 2-3 kali pecah minyak.Ni rahsia sambal tahan lebih lama dan sedap)
3.Bila sambal dah pecah minyak kesekian kali baru letak air asam jawa dan tggu sampai sambal kering lagi sekali
4. Sambal dah kering dan nampak berminyak cantik boleh masukkan udang dan petai..gaul dan tggu sehingga udang masak sepenuhnya..jangan terlalu lama sbb nanti udang akan keras.
Dahh Siappp...!!




Antara menu lain berbuka aku dan husband..simple2 je.. kami tak suka lauk banyak sebenarnya.



Dalam tak banyak..tapi ni ade la berbaki utk sahur..takde la habis semua
ok lah..bjumpa lagi di next episode ye.. bye..












Resepi Ayam Masak Merah (Ramadhan Pertama)

Bile dah selesai PKP 5 minggu 2 hari kite berhadapan dengan bulan puasa pulak..Start first ramadan sampai akhir ramadhan aku memang setiap hari memasak kat rumah.Dulu ada bazar kan..Arini nak cerita resepi ape aku masak fisrt ramadan aritu..


Mula-mula dalam kepala memang nak masak macam-macam..kalau dah puasa memang semua kita nak makan.Jom tengok resepi kite..


Bahan-bahan:

5-6 ketul Ayam  
1-3 sudu Cili kering blend 
1 1/2 Bawang Besar 
3-4 ulas Bawang putih
Halia sebesar ibu jari
2-3 sudu besar Sos Cili
Kunyit serbuk
garam
perasa (optional)
Bunga lawang
Kulit kayu manis

Cara-cara:

1. Bersihkan ayam. Gorengkan ayam dengan garam dan kunyit separuh masak
2. Blend Bawang besar,bawang putih dan halia.
3. Ketepikan minyak gorengan ayam.Tinggalkan sedikit cukup untuk menumis.
4. Masukkan bunga lawang dan kulit kayu manis.Kemudian bahan2 kisar.
5. Tunggu sampai wangi dan pecah minyak dan masukkan sos cili dan sedikit air.
6. Boleh masukkan terus ayam sebab separuh masak.Cara macam ni juga supaya ayam tidak terlalu kering dan keras.kacau sampai macam melekit-lekit dan boleh tutup api.



dah siap ini lah hidangan utk berbuka ramadhan pertama 2020 ni..