Tiada apa yang istimewa..semua cerita dalam blog ini sebahagian daripada "Perjalanan" hidup saya untuk dikongsi bersama anda..

Wednesday 15 July 2020

Resepi Tempe Goreng Bercili

Aku masak tempe ni time ramadhan yang lalu sebenarnya..oleh kerana kt umah takde pc so merepotla blog aku ni xpost pape..PKP lg aritu..Minggu ni dah start keje..bleh kot cover balik blog aku dh sekian lama terdiam sepi..cewahh..k jom aku kongsi resepi aku sepanjang PKP dan Ramadhan 2020..





Bahan-bahan:

1 labu bawang besar   }
3 ulas bawang putih    }
seinci halia                  } semua dikisar
3 batang cili masak     }

1 keping tempe
1 cwn ikan bilis
1 cawan petai (kalau suka)
garam..gula dan perasa


Cara-cara:

1. Panaskan minyak, gorengkan tempe ikan bilis dan petai..iolss goreng dulu petai.

2. Dengan menggunakan minyak yang sama (kalau banyak sila asingkan dulu minyak tu ketempat lain) tumiskan bahan2 yang telah dikisar.

3. Setelah pecah minyak masukkan sedikit air,sedikit saja ye..dan tunggu sampai pecah minyak skali lagi..ulang sehingga 2 -3 kali sehingga cili betul2 masak..bahan yang ditumis akan lebih garing dan ringan.

4. Masukkan gula dan garam. Warna cili akan bertukar setelah gula dimasuk..akan jadi lebih merah dan cantik berkilat.

5. Masukkan tempe dan petai yang telah digoreng. Kacau Sehingga sebati dan tutup api.

6. Setelah sejuk baru masukkan ikan bilis untuk memberi ketahanan pada kerangupan ikan bilis itu..ini lah rahsia nya..siapp untuk dihidang.



Bile bulan puasa akan ada lauk yang tak habis..so panaskan je..ikan tu baru keluar dari microwave..sup ayam tu baru buat..musim PKP kene berjimat cermat..