Tiada apa yang istimewa..semua cerita dalam blog ini sebahagian daripada "Perjalanan" hidup saya untuk dikongsi bersama anda..

Tuesday 22 December 2020

Resepi Bayam Petai Dan udang Masak Lemak

 Assalamualaikum dan berjumpa kembali kite..arini aku akan berkongsi resepi yang baru dicuba..puncanya banyak sayur dalam peti sejuk..jadi aku habis kan semua sementara nak beli barang baru so jom kite try..


Lauk ni aku cube masa bulan pose aritu..skrg baru ade masa nak berkongsi dgn semua..ikan goreng aku goreng sendri je..lauk lagi satu tu laki aku beli..jom kite pegi pada resepi.



Bahan-Bahan:

1 labu bawang besar
1 ulas bawang putih 
5-6 bijik cili api
sedikit halia sebesar ruas jari sahaja
kunyit hidup 1 inci (nak guna serbuk pon boleh)
1 kotak kecik santan (aku guna ayam brand)
1 ikat Bayam (asing batang dan daun)
1 bungkus cendawan tiram (nak guna cendawan lain pon boleh)
1 Bungkus petai (aku beli yang dah siap buang kulit kat pasaraya tu)
10-13 ekor udang saiz sederhana..kalau udang besar letak sikit aje..


Cara-cara:

1.    Masukkan bahan kisar tadi dalam periuk dgn sedikit air dan batang bayam sbb batang bayam agak keras

2.   Tunggu sampai mendidih dan masukkan santan jangan tambah air sbb nanti bile masuk sayur2 air sayur akan keluar.

3.    Sentiasa kacau jgn sampai santan pecah nanti kuah tak cantik.Masukkan sayur bayam,petai dan udang..kacau sampai bayam betul-betul layu dan masak..baru letak cendawan..

4.    Kacau sampai agak mendidih dan boleh tutup api..dan sedia untuk dihidang.

 
*tips: -cendawan jangan masukkan terlalu awal sebab nanti akan terlampau layu dan tak sedap..
-kalau pakai santan kelapa fresh kene rajin menimbuk atau kacau sbb santan fresh senang pecah..

Berjumpa lagi kita untuk next resepi dan aktiviti..byee..




Ayam Bakar Makan Bersama Sambal Penyet

 Assalaimualaikum..bersua kembali kita dengan resepi yang menambat selera..ceewahh kunun..takdelahh aku takde la pandai mana tapi bagi beginner yang nak cuba-cuba masak boleh lah..sama-sama kita tambah ilmu ok. Arini kita kongsikan resepi ayam bakar makan dengan sambal penyet..alhamdulillah aku dikurniakan suami yang suka makan lauk-lauk kering macam ni..dan sejenis tak memilih makan.



Bahan-bahan utk sambal:

1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
5 batang cili merah
segenggam cili api..kalu pedas boleh kurang kan
2 biji tomato saiz sedang
1 inci belacan
1 biji limau nipis 

1.    Hiris semua bawang dan cili serta tomato..kasar pon takpe
2.    Goreng semua bahan sehingga layu..termasuk belacan
3.    Sesudah layu masuk sekali semua dalam blender dan kisar tak terlalu kasar dan tak terlalu halus.
4.    Sebelum hidang kan boleh perah limau nipis.

*tips:- ade org lepas blend di tumis lg sekali atas dapur dengan lebihkan minyak..boleh je..sedap je..tapi aku tak tumis sebab nanti tekstur sambal tu seakan sambal goreng.bau pon dah tak fresh..limau tu yang membuatkan rase fresh tu..tapi bile goreng balik rase limau tu akan hilang.


Bahan-bahan:

1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
3 batang serai
kunyit hidup besar ibu jari
halia besar ibu jari
Ayam stgh ekor
garam serbuk perasa dan gula..(gula dlm 2 - 3 sudu makan)

1.    Kisarkan kesemua bahan-bahan perapan..dan perap ayam selama 2 -3 jam
2.    Panaskan pan non stick utk bakar ayam..bagi yang takde blh je bakar dalam oven dan sbg nya.

* tips: - jangan terlampau banyak gula sebab nt luarnya kelihatan hitam berkerak tapi dalam tak masak.
 - masa bakar tutup supaya ayam rasa lebih juicy dan rasa seakan2 sate ayam





Monday 21 December 2020

Bawal Masak Bercili

Assalamualaikum hallluuuuu...😅😅 setelah sekian lama tak ke udara..maklumla..area lembah klang kene PKPB buat kali kedua..lagi sekali kene keje secara gilir2..alhamdulillah tamat dua tiga minggu dah..ade kelapangan bolehlah aku berkongsi resepi disini..untuk resepi seterusnya Bawal Masak Bercili.. En Husband suka masak goreng-goreng camni je..bertambah-tambah nasik..jom kite belajor..



Bahan-Bahan:

2 ekor ikan bawal saiz sederhana
1 biji bawang besar        }
3 ulas bawang putih       } Dikisar/ditumbuk
halia sebesar ibu jari      }
cili kisar/boh 3 sudu
sos cili 3 sudu makan

1.    Goreng ikan yang telah dibersihkan dengan garam dan kunyit
2.    Guna kan minyak goreng ikan tersebut untuk menumis (sedikit shj kira2 dalam 1 senduk shj)
3.    Tumis bahan2 yang dikisar sehingga naik bau dan pecah minyak.
4.    Masukkan perasa,garam dan gula..masukkan sos dan sedikit air.
5.    Tunggu sampai kuah memekat dan curahkan atas ikan yang digoreng tadi..siap dihidang.

* tips: utk mendapatkan rasa yang sedap bahan2 kisar seeloknya ditumbuk dengan lesung atau dikisar dlm food prosessor tak terlalu halus..dan tak kasar sangat.Bila ditumis senang utk garing dan mengambil masa yang singkat untuk pecah minyak.