Tiada apa yang istimewa..semua cerita dalam blog ini sebahagian daripada "Perjalanan" hidup saya untuk dikongsi bersama anda..

Tuesday 22 December 2020

Resepi Bayam Petai Dan udang Masak Lemak

 Assalamualaikum dan berjumpa kembali kite..arini aku akan berkongsi resepi yang baru dicuba..puncanya banyak sayur dalam peti sejuk..jadi aku habis kan semua sementara nak beli barang baru so jom kite try..


Lauk ni aku cube masa bulan pose aritu..skrg baru ade masa nak berkongsi dgn semua..ikan goreng aku goreng sendri je..lauk lagi satu tu laki aku beli..jom kite pegi pada resepi.



Bahan-Bahan:

1 labu bawang besar
1 ulas bawang putih 
5-6 bijik cili api
sedikit halia sebesar ruas jari sahaja
kunyit hidup 1 inci (nak guna serbuk pon boleh)
1 kotak kecik santan (aku guna ayam brand)
1 ikat Bayam (asing batang dan daun)
1 bungkus cendawan tiram (nak guna cendawan lain pon boleh)
1 Bungkus petai (aku beli yang dah siap buang kulit kat pasaraya tu)
10-13 ekor udang saiz sederhana..kalau udang besar letak sikit aje..


Cara-cara:

1.    Masukkan bahan kisar tadi dalam periuk dgn sedikit air dan batang bayam sbb batang bayam agak keras

2.   Tunggu sampai mendidih dan masukkan santan jangan tambah air sbb nanti bile masuk sayur2 air sayur akan keluar.

3.    Sentiasa kacau jgn sampai santan pecah nanti kuah tak cantik.Masukkan sayur bayam,petai dan udang..kacau sampai bayam betul-betul layu dan masak..baru letak cendawan..

4.    Kacau sampai agak mendidih dan boleh tutup api..dan sedia untuk dihidang.

 
*tips: -cendawan jangan masukkan terlalu awal sebab nanti akan terlampau layu dan tak sedap..
-kalau pakai santan kelapa fresh kene rajin menimbuk atau kacau sbb santan fresh senang pecah..

Berjumpa lagi kita untuk next resepi dan aktiviti..byee..




No comments:

Post a Comment