Bahan-bahan:-
1/2 kilo udang
setengah cawan petai siap di kopek kulit
2 labu bawang besar
3-4 sudu cili kering kisar
air asam jawa
1 1/2 cawan minyak untuk menumis
garam gula dan perasa
Cara-cara:-
1.Blend Bawang
2.Tumis bawang dan cili.Cara aku memang tak guna bawang putih.(petua semasa menumis,bahan yg ditumis akan kelihatan seperti berair..xpe..biar kan sekira nya kering dan pecah minyak masuk kan sedikit lagi air..sehingga 2-3 kali pecah minyak.Ni rahsia sambal tahan lebih lama dan sedap)
3.Bila sambal dah pecah minyak kesekian kali baru letak air asam jawa dan tggu sampai sambal kering lagi sekali
4. Sambal dah kering dan nampak berminyak cantik boleh masukkan udang dan petai..gaul dan tggu sehingga udang masak sepenuhnya..jangan terlalu lama sbb nanti udang akan keras.
Dahh Siappp...!!
Antara menu lain berbuka aku dan husband..simple2 je.. kami tak suka lauk banyak sebenarnya.
Dalam tak banyak..tapi ni ade la berbaki utk sahur..takde la habis semua
ok lah..bjumpa lagi di next episode ye.. bye..
No comments:
Post a Comment