Tiada apa yang istimewa..semua cerita dalam blog ini sebahagian daripada "Perjalanan" hidup saya untuk dikongsi bersama anda..

Monday, 4 June 2018

Bebola Kentang Keju

Ramadhan ke-19 sudah kite..sekejap aje rasenye..tak lame lagi dah nak raya..tahun ni aku tak banyak post pasal resepi sangat sebab jarang memasak..maklum la alahan terukk..bkn alahan mengandung..alasan pemalass..hehe..kali ni aku nak share resepi bebola kentang..

Resepi ni aku tengok kat Youtube je..aku syak org ni org Singapore kot..dan makanan ni popular di sana diorang panggil kentang ball. Resepi asal dalamnye daging..sbb umah aku takde daging aku letak cheese..bende ni asalnye makan dengan sup..daun bawang dan bawang goreng tabur atas..aku kan alahann..so takde la supnye..next time mungkin aku akan buat yang asal..jom start..


Bahan-Bahannya:-

5 biji kentang sederhana besar..
beberapa keping cheese (yang makan ngan roti tu ye)
6-7 keping biskut lemak ditumbuk sederhana kasar
1 bijik telur

Cara-caranya:

1. Buang kulit dan rebus kentang hingga empuk
2. Lecek kentang hingga betul-betul halus sehingga boleh dikepal
3. Bentuk kentang menjadi bulat dan masukkan cheese yang di potong 2..ikut selera nak sumbat sekeping tu pon boleh..bentukkan menjadi bulat..buat sehingga habis.
4. Panas kan minyak..golek kan dalam telur yang dah dipukul..kemudian golekkan pulak dalam biskut tadi..dan goreng..pasti kan bebola ditenggelami minyak supaya masak sekata..boleh angkat bila warna nya dah bertukar kepada golden2 gitu..ok..daaa...

SELAMAT MENCUBA..!!




Thursday, 24 May 2018

Resepi Spaghetti Carbonara Mudah

Hari ni puasa ke-8.. alhamdulillah diberi kesihatan untuk terus berpuasa.. Harini nak berkongsi resepi berbuka semalam..semalam berbuka sorang je sebab my husband berbuka kat opis die..so aku buat resepi ringkas dan mudah je..bergantung  pada barang yang ade..hehe..



Aku pon tak tau nape cabonara die kering..mule-mule berkuah last-last jadi kering..jadi macam aglio olio lak..tak pe paper tengok resepi kat bawah and cube k..

BAHAN-BAHAN :-

1/3 bungkus Spaghetti (apa-apa jenama pon boleh)
3 ulas bawang putih (di cincang)
1/2 cawan daging cincang
1/2 tin Prego Mushroom sos cabonara
sedikit minyak
sedikit garam dan perasa

CARA-CARA :-

1. Panas kan kuali..masukkan daging cincang goreng dan angkat
2. Dengan kuali yang sama tumiskan bawang putih sehingga kekuningan
3. Tuang so Prego
4. Masukkan daging dan spaghetti..umah aku ade crab stick tu so aku masukkan sekali..
5. kacau and..siapp..

SELAMAT MENCUBA