Tiada apa yang istimewa..semua cerita dalam blog ini sebahagian daripada "Perjalanan" hidup saya untuk dikongsi bersama anda..

Monday, 17 July 2017

Resepi Sambal Sotong Diet

Sekian lama berdiam diri maklum la banyak sangat open house..hari ni aku baru nak hapdet walaupun raya masih dirasai lagi..ceewwaahh..!! hari ni nak kongsi resepi Sambal Sotong Diet yang mudah dan yang penting sedappp..biasala..bile En. Husband diet so kene pandai reka-reka resepi la ye..


Bahan-Bahan:-

1/2 kg Sotong (terpulang nak guna sotong jenis camne..yg pasti sotong basah besar ke kecik takpe..)

1 labu Bawang Besar } dikisar

5 ulas Bawang Putih } dikisar

3 sudu besar Cili Boh (aku guna yg dah siap kat kedai tu..korang kalau nk buat sendri cili mesen pon boleh)

sedikit garam dan serbuk perasa disukai

1 labu Bawang Besar dihiris } untuk hiasan
1 biji Cili Merah dihiris }untuk hiasan


Cara Menyediakan:-

1. Panas kan kuali dan masukkan sotong yang telah dibersihkan api jangan besar sangat..ni proses untuk keluarkan air sotong tu supaya sambal kita tak terlalu basah..tunggu sehingga air sotong keluar sepenuhnya dan boleh angkat dan ketepikan. Jangan buang air sotong simpan dalam bekas lain

2. Gunakan kuali yang sama..letakkan bahan-bahan kisar..letakkan sedikit air sotong tadi dalam 1/2 cawan supaya cili tak terlampau meletus-letus dan kelihatan kering.. tunggu hingga kering sedikit..(hokey sesape yg tak nak buat resepi diet boleh tukar pada resepi yg biasa cuma time ni letak minyak macam biasa)

3. Bila bahan dah kering dan meletus..masukkan sotong yang telah dibuang air tadi kacau dan masukkan air sotong lagi..supaya manis sotong tu tak hilang ikutlah letak banyak kalau nak sambal korang berladung..sikit demi sedikit lagi bagus..kalau dah kering baru tambah lagi sikit..

4. Masukkan bawang dan cili untuk hiasan..kacau sampai bawang dan cili masak sempurna dan jangan lupa garam dan perasa..kacau jangan lama nanti sotong kecut dan keras..so boleh hidangkan..masak ni ikut selera kalau nak sambal kering kurang kan air..kalau nak basah lebihkan air..siaappp!!

Dari perkongsian resepi tadi tu tamat la sudah entry untuk kali ni..pape pon kene harus cuba k..sesekali ni nak jugak try buat youtube dah ramai suruh aku buat..aku ni pemalu takkan kot..tetibee..
k byee..


SELAMAT MENCUBA...!!!