Tiada apa yang istimewa..semua cerita dalam blog ini sebahagian daripada "Perjalanan" hidup saya untuk dikongsi bersama anda..

Wednesday 5 July 2017

Resepi Nasi Ayam Versi Diet

Resepi ni buat time akhir-akhir bulan pose aritu..bile dah raya masa untuk update takde..ye la sibuk beraya kan..cuti raya je dah seminggu..dibelenggu rasa malas tu lebih banyak


Bahan-bahan:-

2 pot Beras (kalau basmathi lagi cantik dan sedap)
1 ekor ayam dibelah 4 (aku beli kat pasaraya yg siap dipotong 4..bhgn peha je senang)
1 Labu Bawang Besar } Ditumbuk
5 Ulas Bawang Putih } Ditumbuk
2 inc Halia } Ditumbuk (lebih sikit untuk hilangkan hanyir ayam)
Bahan Perasa

Cara-caranya:-


1. Mula2 bersihkan ayam buang kulit dan lemak..kate diet kan..suami aku diet memang tak boleh makan lemak gini so kene buang la. Bile dah bersih boleh rebus..air tak payah banyak..paras ayam tu je..sebab aku nak stok die je..yang timbul2 tu sila buang yer..


2. Sambil rebus ayam bleh basuh beras dan letak dalam rice cooker terus dengan bahan yang telah ditumbuk..



3. Ayam dah mendidih boleh tutup api dan perap ayam dengan rempah beriani..(xnak pon xpe..ni request dari my Husband die nak rse rempah katenye..)



4. Amik ayam tu letak terus dalam rice cooker dan stok ayam sekali..sukatan stok ayam mesti sama dengan sukatan beras tadi..kalau guna beras basmathi lebih kan sedikit..boleh pasang rice cooker cam biasa..tggu sampai masak..wallllaaa...


Ayam percik ngan ayam panggang tu beli kat bazar ramadhan..Sebelah kiri tu cili ayam panggang tu mmg die bagi..belah kanan tu cili untuk dimakan bersama nasi..untuk resepi sambal nasik ayam dibawah..

SAMBAL NASI AYAM DIET

4 biji Cili Merah (kalau suka pedas nak letak cili kecik yang merah tu pon boleh)
5 sudu besar Cuka
3 ulas Bawang Putih

Cara-Cara Menyediakan :-
Kisar kan semua bahan dan siap..kalau tak diet aku letak dalam 1/2 sudu gula untuk bagi rasa tu naik..

Dengan resepi sambal nasi ayam diet tu..berakhirlah resepi untuk hari ni..Gambar nasi yang dah siap takde..tak sempat nak snap..mintak maaf na..kami budak baru menulis..so..itu ini tertinggal..pape pon sehingga bertemu lagi..byee..dan..

SELAMAT MENCUBA..!!




No comments:

Post a Comment