Tiada apa yang istimewa..semua cerita dalam blog ini sebahagian daripada "Perjalanan" hidup saya untuk dikongsi bersama anda..

Thursday, 6 July 2017

Resepi Char Kue Teow Sotong

Walaupun semua dah mula bekerja suasana hari raya tu masih lagi terasa baru je..tapi tahun ni tak tau la kenapa raya tu rase cam biasa je..so.. bila cakap raya mestilah sinonim dengan orang datang beramai beraya kat umah kan..kali ni aku nak kongsi resepi yang mudah untuk kita sediakan bila orang datang ke rumah..lets go...


Bahan-bahan digunakan:-

1 paket Kue Teow (tak kisah nak guna yang jenis halus atau yang besar)
2 sudu Sos Cili
3-4 sudu Kicap Manis
1 labu Bawang Besar } dikisar
1 labu Bawang Putih } dikisar
10 tangkai cili kering @ 2 sudu cili kisar yg dah siap tu ye..



Kisar kan sampai jadi gini ye..

6 ekor Sotong saiz sederhana dipotong


1 ikat kecik Daun Kucai
2 genggam Taugeh

Bersihkan kedua2 sayur ni


Kue Teow ni kita cuci dulu dan terus toskan (jangan lame-lame..ikut syarat kene air je pastu lerai dah ok..nanti mee akan jadi lembik kalau lama kene air)


Cara-cara menyediakan:-

1. Letak minyak dalam kuali lbih kurang 3 sudu tggu smp minyak betul2 panas..

2. Tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar sehingga cili garing dan pecah minyak.

3. Setelah cili garing boleh masukkan sos cili dan kicap manis..kacau rata..dan boleh msukkan sotong..air sotong akan keluar..dan biarkan sampai kering (jangan letak air)

4. Bila dah kering sedikit..letak gula sedikit, garam dan segala serbuk perasa mengikut citarasa masing-masing

5. Masukkan kue teow yang telah dibasuh..dan kacau rata..dalam kue teow ni kalau nak letak fish ball,fish cake pon boleh je..bukan semata-mata seafood la..

6. Bila dah rata kene cili semua..leh campak taugeh dan kucai..kacau..jangan sampai taugeh terlampau layu..agak-agak ye..dlm 3 minit camtu dah boleh tutup api..siaapppp!!!


SELAMAT MENCUBA..!!!