Tiada apa yang istimewa..semua cerita dalam blog ini sebahagian daripada "Perjalanan" hidup saya untuk dikongsi bersama anda..

Thursday 1 June 2017

Resepi Asam Pedas Ayam Diet

Kehidupan aku diterus kan jua walaupun harini baru masuk Ramadhan yang ke-6.. Pukul 9 dah rase dalam perut tengah gerudi Inul..aduh..
Menu berbuka semalam..dok pikir nak masak ape..maklum le suami aku ni tengah diet bulan Julai ade competition.. Aku putuskan untuk masak asam pedas ayam untuk dia..so..intro tak payah pepanjang lah ye...






Ayam yang telah di buang kulit

Bahan-Bahannya:

1 Labu bawang Besar (Lagi besar lagi bagus) } Dikisar
1 Ulas Bawang Putih} Dikisar
Belacan (kalau suka banyak leh letak lebih)} Dikisar
2 Inci Halia} Dikisar
2-3 Sudu Besar Cili Kisar
2 Batang Serai } Dititik
2 Kuntum Bunga Kantan (kalau tak letak pon takpe) - Belah 2
1 cwn air asam jawa
250 ml air
1/2 Ekor Ayam (tapi husband aku die boleh makan bhgn peha ngan dada sahaja)- buang kulit
1 Biji Tomato (option)
Garam secukup rasa

Cara-caranya:

1. Masukkan bahan yg telah dikisar tggu sampai mendidih dan sedikit pekat. Ia takkan pecah Minyak sbb aku tak letak minyak pun..



2. Bila dah pekat boleh masukkan ayam yg telah dibersihkan..dan kacau,air ayam akan keluar tggu sampai cili mengering dan pekat
3. Kemudian masukkan air asam jawa..kacau jangan bagi melekat sebab masak ni kita tak tumis
4. Masukkan air, bunga kantan, serai,garam dan kacau tunggu sehingga mendidih
5. Bila dah mendidih boleh masukkan tomato potong 4..siappp..!!


SELAMAT MENCUBA..!!





No comments:

Post a Comment