Tiada apa yang istimewa..semua cerita dalam blog ini sebahagian daripada "Perjalanan" hidup saya untuk dikongsi bersama anda..

Tuesday, 23 May 2017

Apa Dalam Beg Saya..??

Tak percaya rasenye bile tengok tajuk tu..tak tahulah ape motif aku sebenarnya..kalau nak tahu sebenarnya aku takde tajuk yang bagus untuk aku nak wat entry kali ni..maklum la dah dekat setahun aku tak menulis blog aku ni..bkn takat bersawang je ni..rimau gajah semua ada..
Okey kite terus pada topik yang dibincangkan..bila cakap pasal beg..aku akan bayangkan betapa bersepah nye dalam beg aku..hehehe..


Ni semua dalam beg aku setiap hari..yang aku usung kesana kemari.. Secara personal aku memang suke beg yang besar sebab boleh isi banyak barang penting..kalau pegi seminar atau kursus senang nak isi buku catatan dan sbgnya..kalau beg tu besar dan banyak poket lagi aku sukkkaaaa...

Aku akan pastikan setiap seminggu sekali mesti aku akan kemaskan barang2 dalam beg aku ni..setiap hari kita bawak macam2..pegi shopping dan sbgnya..beg aku akan jadi tempat penyimpanan resit..duit syiling dan duit kecik..terselit dan menyelit pasti ada..




Diantara byk2 barang ni paling penting..my wallet dalam ni ada i.c, kad bank dan kunci..kunci kereta, rumah dan opis..brg2 ni kalau takde matilanak...


Beg merah nyala ni aku buat letak resit,bil elektrik,air dan duit pecah..duit ni wat pg lunch..resit bersepah2 dalam beg letak dlm beg kecik gini lbih praktikal la..sbb resit2 tu kita masih guna lagi utk pertukaran barang dan sbgnya..


Beg biru ni plak beg aku letak barang rahsia..contoh macam pad, pantyliner, panties..jgn terkejut aku memang bawak panties dalam handbag pg keje ke..jalan ke.. Selain tu dalam beg biru ni aku isi jugak minyak angin, perfume, eye drop, hijau tu bekas kerongsang,dan pengetip kuku. Tisu basah dan tisu (tiada dalam gambar) pun aku letak dalam ni..Beg biru ni untuk isi barang yang halus2..senang nak cari..takdela setiap kali nak cari barang teraba-raba..


Ni pon nyawa jugak ni..ngan kabel sekali coz kepala charger aku letak kat opis trus..




Beg pink ni, makep beg aku..yang juga aku usung kesana kemari.. nampak je banyak..yang banyak pon lipstik je..krim tu krim siang ngn krim malam..ada dalam ni sebab aku baru balik dari umah mak aku..tido umah die aku bwk semua barang..Pallet yang ada tu, pallet utk shading..aku biasa2 je kalau makeup pegi keje tu..



Jam tangan ni aku selit je dalam beg senang..sebab aku seorang yang pelupa..Jam ni hadiah dari Encik Husband 3 tahun yang lepas..mase lepas die habis rekrut di Langkawi mse birthday aku..(nak mention jugak..)Fishermans Friend memang tak tinggal..kadang2 aku ni teringin nak makan manis2..makan je ni terus hilang craving manis2 tu..
Demikianlah pendedahan tentang benda2 yang aku simpan dalam beg aku..Mintak maaf kalau entry kali ni x berapa sangat..
Jumpa lagi di lain waktu hokey..bye..