Tiada apa yang istimewa..semua cerita dalam blog ini sebahagian daripada "Perjalanan" hidup saya untuk dikongsi bersama anda..

Monday, 17 July 2017

Resepi Sambal Sotong Diet

Sekian lama berdiam diri maklum la banyak sangat open house..hari ni aku baru nak hapdet walaupun raya masih dirasai lagi..ceewwaahh..!! hari ni nak kongsi resepi Sambal Sotong Diet yang mudah dan yang penting sedappp..biasala..bile En. Husband diet so kene pandai reka-reka resepi la ye..


Bahan-Bahan:-

1/2 kg Sotong (terpulang nak guna sotong jenis camne..yg pasti sotong basah besar ke kecik takpe..)

1 labu Bawang Besar } dikisar

5 ulas Bawang Putih } dikisar

3 sudu besar Cili Boh (aku guna yg dah siap kat kedai tu..korang kalau nk buat sendri cili mesen pon boleh)

sedikit garam dan serbuk perasa disukai

1 labu Bawang Besar dihiris } untuk hiasan
1 biji Cili Merah dihiris }untuk hiasan


Cara Menyediakan:-

1. Panas kan kuali dan masukkan sotong yang telah dibersihkan api jangan besar sangat..ni proses untuk keluarkan air sotong tu supaya sambal kita tak terlalu basah..tunggu sehingga air sotong keluar sepenuhnya dan boleh angkat dan ketepikan. Jangan buang air sotong simpan dalam bekas lain

2. Gunakan kuali yang sama..letakkan bahan-bahan kisar..letakkan sedikit air sotong tadi dalam 1/2 cawan supaya cili tak terlampau meletus-letus dan kelihatan kering.. tunggu hingga kering sedikit..(hokey sesape yg tak nak buat resepi diet boleh tukar pada resepi yg biasa cuma time ni letak minyak macam biasa)

3. Bila bahan dah kering dan meletus..masukkan sotong yang telah dibuang air tadi kacau dan masukkan air sotong lagi..supaya manis sotong tu tak hilang ikutlah letak banyak kalau nak sambal korang berladung..sikit demi sedikit lagi bagus..kalau dah kering baru tambah lagi sikit..

4. Masukkan bawang dan cili untuk hiasan..kacau sampai bawang dan cili masak sempurna dan jangan lupa garam dan perasa..kacau jangan lama nanti sotong kecut dan keras..so boleh hidangkan..masak ni ikut selera kalau nak sambal kering kurang kan air..kalau nak basah lebihkan air..siaappp!!

Dari perkongsian resepi tadi tu tamat la sudah entry untuk kali ni..pape pon kene harus cuba k..sesekali ni nak jugak try buat youtube dah ramai suruh aku buat..aku ni pemalu takkan kot..tetibee..
k byee..


SELAMAT MENCUBA...!!!






Thursday, 6 July 2017

Resepi Char Kue Teow Sotong

Walaupun semua dah mula bekerja suasana hari raya tu masih lagi terasa baru je..tapi tahun ni tak tau la kenapa raya tu rase cam biasa je..so.. bila cakap raya mestilah sinonim dengan orang datang beramai beraya kat umah kan..kali ni aku nak kongsi resepi yang mudah untuk kita sediakan bila orang datang ke rumah..lets go...


Bahan-bahan digunakan:-

1 paket Kue Teow (tak kisah nak guna yang jenis halus atau yang besar)
2 sudu Sos Cili
3-4 sudu Kicap Manis
1 labu Bawang Besar } dikisar
1 labu Bawang Putih } dikisar
10 tangkai cili kering @ 2 sudu cili kisar yg dah siap tu ye..



Kisar kan sampai jadi gini ye..

6 ekor Sotong saiz sederhana dipotong


1 ikat kecik Daun Kucai
2 genggam Taugeh

Bersihkan kedua2 sayur ni


Kue Teow ni kita cuci dulu dan terus toskan (jangan lame-lame..ikut syarat kene air je pastu lerai dah ok..nanti mee akan jadi lembik kalau lama kene air)


Cara-cara menyediakan:-

1. Letak minyak dalam kuali lbih kurang 3 sudu tggu smp minyak betul2 panas..

2. Tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar sehingga cili garing dan pecah minyak.

3. Setelah cili garing boleh masukkan sos cili dan kicap manis..kacau rata..dan boleh msukkan sotong..air sotong akan keluar..dan biarkan sampai kering (jangan letak air)

4. Bila dah kering sedikit..letak gula sedikit, garam dan segala serbuk perasa mengikut citarasa masing-masing

5. Masukkan kue teow yang telah dibasuh..dan kacau rata..dalam kue teow ni kalau nak letak fish ball,fish cake pon boleh je..bukan semata-mata seafood la..

6. Bila dah rata kene cili semua..leh campak taugeh dan kucai..kacau..jangan sampai taugeh terlampau layu..agak-agak ye..dlm 3 minit camtu dah boleh tutup api..siaapppp!!!


SELAMAT MENCUBA..!!!





Wednesday, 5 July 2017

Resepi Nasi Ayam Versi Diet

Resepi ni buat time akhir-akhir bulan pose aritu..bile dah raya masa untuk update takde..ye la sibuk beraya kan..cuti raya je dah seminggu..dibelenggu rasa malas tu lebih banyak


Bahan-bahan:-

2 pot Beras (kalau basmathi lagi cantik dan sedap)
1 ekor ayam dibelah 4 (aku beli kat pasaraya yg siap dipotong 4..bhgn peha je senang)
1 Labu Bawang Besar } Ditumbuk
5 Ulas Bawang Putih } Ditumbuk
2 inc Halia } Ditumbuk (lebih sikit untuk hilangkan hanyir ayam)
Bahan Perasa

Cara-caranya:-


1. Mula2 bersihkan ayam buang kulit dan lemak..kate diet kan..suami aku diet memang tak boleh makan lemak gini so kene buang la. Bile dah bersih boleh rebus..air tak payah banyak..paras ayam tu je..sebab aku nak stok die je..yang timbul2 tu sila buang yer..


2. Sambil rebus ayam bleh basuh beras dan letak dalam rice cooker terus dengan bahan yang telah ditumbuk..



3. Ayam dah mendidih boleh tutup api dan perap ayam dengan rempah beriani..(xnak pon xpe..ni request dari my Husband die nak rse rempah katenye..)



4. Amik ayam tu letak terus dalam rice cooker dan stok ayam sekali..sukatan stok ayam mesti sama dengan sukatan beras tadi..kalau guna beras basmathi lebih kan sedikit..boleh pasang rice cooker cam biasa..tggu sampai masak..wallllaaa...


Ayam percik ngan ayam panggang tu beli kat bazar ramadhan..Sebelah kiri tu cili ayam panggang tu mmg die bagi..belah kanan tu cili untuk dimakan bersama nasi..untuk resepi sambal nasik ayam dibawah..

SAMBAL NASI AYAM DIET

4 biji Cili Merah (kalau suka pedas nak letak cili kecik yang merah tu pon boleh)
5 sudu besar Cuka
3 ulas Bawang Putih

Cara-Cara Menyediakan :-
Kisar kan semua bahan dan siap..kalau tak diet aku letak dalam 1/2 sudu gula untuk bagi rasa tu naik..

Dengan resepi sambal nasi ayam diet tu..berakhirlah resepi untuk hari ni..Gambar nasi yang dah siap takde..tak sempat nak snap..mintak maaf na..kami budak baru menulis..so..itu ini tertinggal..pape pon sehingga bertemu lagi..byee..dan..

SELAMAT MENCUBA..!!




Thursday, 1 June 2017

Resepi Asam Pedas Ayam Diet

Kehidupan aku diterus kan jua walaupun harini baru masuk Ramadhan yang ke-6.. Pukul 9 dah rase dalam perut tengah gerudi Inul..aduh..
Menu berbuka semalam..dok pikir nak masak ape..maklum le suami aku ni tengah diet bulan Julai ade competition.. Aku putuskan untuk masak asam pedas ayam untuk dia..so..intro tak payah pepanjang lah ye...






Ayam yang telah di buang kulit

Bahan-Bahannya:

1 Labu bawang Besar (Lagi besar lagi bagus) } Dikisar
1 Ulas Bawang Putih} Dikisar
Belacan (kalau suka banyak leh letak lebih)} Dikisar
2 Inci Halia} Dikisar
2-3 Sudu Besar Cili Kisar
2 Batang Serai } Dititik
2 Kuntum Bunga Kantan (kalau tak letak pon takpe) - Belah 2
1 cwn air asam jawa
250 ml air
1/2 Ekor Ayam (tapi husband aku die boleh makan bhgn peha ngan dada sahaja)- buang kulit
1 Biji Tomato (option)
Garam secukup rasa

Cara-caranya:

1. Masukkan bahan yg telah dikisar tggu sampai mendidih dan sedikit pekat. Ia takkan pecah Minyak sbb aku tak letak minyak pun..



2. Bila dah pekat boleh masukkan ayam yg telah dibersihkan..dan kacau,air ayam akan keluar tggu sampai cili mengering dan pekat
3. Kemudian masukkan air asam jawa..kacau jangan bagi melekat sebab masak ni kita tak tumis
4. Masukkan air, bunga kantan, serai,garam dan kacau tunggu sehingga mendidih
5. Bila dah mendidih boleh masukkan tomato potong 4..siappp..!!


SELAMAT MENCUBA..!!





Monday, 29 May 2017

Juadah Berbuka Ramadhan ke-3

Sedar tak sedar dah 3 hari kite berpuasa.. Bagi golongan bekerja macam aku ni..bile balik semestinya memikirkan apa nak masak..
Encik husband mintak masakkan makanan diet die..ayam masak merah cam biasa tu..aku cam biasa la penat pon masak jugak (tak boleh merungut..nanti pahala ape pon tak dpt kan..)
bile fikir2 balik..cincai2 dah la..


Ini je yang aku dapat sumbangkan..sayur kobis panjang goreng..ayam masak merah tanpa minyak..dan ikan sardin rebus goreng berlado..klik resepi DISINI
Bile dah siap semua..tetibe dapat Whatsapp My Husband..dia xdapat berbuka sam..sbb hujan lebat kat KL..akhirnye..sensorang la jugak..
Aku berharap sangat harini dapat berbuka together berdua ngan Encik Husband..Insyallah..






Resepi Ikan Rebus Goreng Berlado



Bahan-bahan:

3 Ekor Ikan Sardin (terpulang nak pakai ikan ape selar ke kembong pon boleh)
2 keping Asam Keping
1 sudu teh Garam

Rebus ikan dalam 20 hingga 30 minit

Bahan untuk Cili:

4 Batang Cili Merah (kalau suka pedas bleh tambah cili api)  } Dikisar
1 Labu Bawang Besar  } Dikisar
4 Ulas Bawang Putih    } Dikisar
2 cm Belacan                } Dikisar
1/2 cawan Air Asam Jawa
Garam
Gula (dapat gula melaka pun sedap)
Serbuk Perasa
Minyak untuk menggoreng


Cara-cara:

1. Goreng ikan yang telah direbus sehingga garing (hati-hati sebab ikan akan meletup-letup)
2. Angkat ikan dan toskan minyaknya
3. Kurangkan minyak gorengan ikan tadi agak2 dgn cili yang nak ditumis..
4. Tumiskan Bawang besar, Bawang putih, dan belacan yg telah dikisar sehingga naik bau dan pecah minyak..
5. Bila dah pecah minyak masukkan air asam jawa..gula, garam dan perasa..tunggu sampai tumisan sedikit kering
6. Bolehla masukkan ikan bila tumisan sudah sedikit kering jangan sampai hangus hokeyy..kacau sehingga rata cili2 itu..siapppp




Sunday, 28 May 2017

Pengat Sukun Menu Ramadhan Pertama

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..pape pon..sebelum mule pape masih tak terlewat untuk aku ucapkan selamat berpuasa dan menyambut bulan Ramadhan kepada semua umat islam di serata malaysia..Ramadhan kali ni jatuh pada 27 May 2017 bersamaan dengan hari Sabtu.. Aku memang dari mula-mula kahwin dulu..bulan puasa kalau sabtu dan ahad memang hari "gantung periuk" bagi aku..maknanya tak masak le tu..
Tahun ni My husband memutuskan puasa pertama berbuka kat umah mama die..so..aku kene wat something lerr..takkan tak bawak ape2 kan..aku memutuskan utk buat benda yang mudah..campak2 aje..Pengat Sukun dahh..bahan pon tak banyak..



Pengat Sukun je kan..haa..bukan senang jugak nak buat..

RESEPI PENGAT SUKUN

Bahan-Bahannya:

1 bijik Buah sukun  (saiz sederhana kecik)
1 ketul Gula melaka  (yang panjang tu ye)
1 kotak Santan..macam dalam gamba tu saiz besar k..



2-3 helai Daun Pandan  disimpulkan
2-3 sudu makan Gula putih
1 sudu makan Sagu biji
2 gelas air


Cara-cara:

1. Potong buah sukun kiub2..jangan terlampau kecik dan terlampau besar..agak2..cuci dan rebus sehingga buah empuk dan lembut..jangan rebus terlampau lama..warna akan bertukar menjadi seperti nangka muda rebus..matikan api toskan buang air..

2. Masak gula melaka dan gula putih dengan segelas air sehingga gula larut ketepikan.

3. Satukan santan bersama segelas air dan daun pandan..dan masukkan sekali gula yang dah dicairkan..

4. Masak atas dapur dengan api sederhana dan sambil dikacau2..masukkan sagu dan kacau lagi

5. Bila sagu dah kembang boleh masukkan buah sukun yang telah di rebus..kacau lagi..ikut selera masing2..kalau pekat sangat boleh tambah air ikut selera masing-masing kepekatannya..ok siapp...!!

*kena selalu kacau supaya santan tak pecah minyak..jangan sampai pecah minyak..nanti tak cantik pengat tu..





Tuesday, 23 May 2017

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan

Pejam celik-Pejam celik dah nak puasa dah kite ye..3 hari je lagi..Kejap sangat rasenye...so sempena bulan barakah ni..aku nak ucap kan selamat berpuasa kepada semua umat islam di Malaysia terutamanya.. Harap mendapat keberkatan dalam menjalani ibadah pada tahun ini.. Semoga tahun ini lebih baik dari sebelum ni k..



Shell Out Di Seafood Fantastic

Harini nak cerita pasal boss aku belanje shellout kat Seafood Fantastic Ayer 8. Lokasi restoran ni terletak di Presint 8 Putrajaya..kalau sesapa dari luar kawasan Putrajaya tak tau nak pegi camana..leh waze je hokkehh..


Ini restoran nya..jangan pegi restoran sebelah hokehh..

sumber dari google




Sesudah sampai bergambar la.. ape lagi..


Boss nak selfie kate nye..bg aku gambar aku nmpak muke je xpe badan tak penting mane pon..


Aku kalau bergambar memang suka duduk belakang2..


Happy sebenarnya makan ramai-ramai ni..tapi makan kat sini kene datang awal..dan booking awal2.. Kitorang ari tu dah lewat keluar so dapat makan pon lewat la..dalam setengah jam gitu..


Biarla gambar berbicara..


Tengah mengejar waktu sebab time tu dah pukul 2..kami cepat2 menghabiskan makanan..
Gambo dah habis makan tak sempat nak snap..nak cpt sangat balik opis..

Makanan kat sini sedap..kalau aku, aku bagi 7/10 camtu...Makanan yang dihidang kan kene dengan harga ..sedapp..TETAPI..kekurangan sikit je la..hidangan lebih banyak lala..ketam adalah dalam 2 ekor kecik2..kalau sesapa yang teringin nk makan shellout tp budget ngam2 bleh la pegi sini..hokeh..sampai berjumpa lagi di entry yang akan datang..bye..





Apa Dalam Beg Saya..??

Tak percaya rasenye bile tengok tajuk tu..tak tahulah ape motif aku sebenarnya..kalau nak tahu sebenarnya aku takde tajuk yang bagus untuk aku nak wat entry kali ni..maklum la dah dekat setahun aku tak menulis blog aku ni..bkn takat bersawang je ni..rimau gajah semua ada..
Okey kite terus pada topik yang dibincangkan..bila cakap pasal beg..aku akan bayangkan betapa bersepah nye dalam beg aku..hehehe..


Ni semua dalam beg aku setiap hari..yang aku usung kesana kemari.. Secara personal aku memang suke beg yang besar sebab boleh isi banyak barang penting..kalau pegi seminar atau kursus senang nak isi buku catatan dan sbgnya..kalau beg tu besar dan banyak poket lagi aku sukkkaaaa...

Aku akan pastikan setiap seminggu sekali mesti aku akan kemaskan barang2 dalam beg aku ni..setiap hari kita bawak macam2..pegi shopping dan sbgnya..beg aku akan jadi tempat penyimpanan resit..duit syiling dan duit kecik..terselit dan menyelit pasti ada..




Diantara byk2 barang ni paling penting..my wallet dalam ni ada i.c, kad bank dan kunci..kunci kereta, rumah dan opis..brg2 ni kalau takde matilanak...


Beg merah nyala ni aku buat letak resit,bil elektrik,air dan duit pecah..duit ni wat pg lunch..resit bersepah2 dalam beg letak dlm beg kecik gini lbih praktikal la..sbb resit2 tu kita masih guna lagi utk pertukaran barang dan sbgnya..


Beg biru ni plak beg aku letak barang rahsia..contoh macam pad, pantyliner, panties..jgn terkejut aku memang bawak panties dalam handbag pg keje ke..jalan ke.. Selain tu dalam beg biru ni aku isi jugak minyak angin, perfume, eye drop, hijau tu bekas kerongsang,dan pengetip kuku. Tisu basah dan tisu (tiada dalam gambar) pun aku letak dalam ni..Beg biru ni untuk isi barang yang halus2..senang nak cari..takdela setiap kali nak cari barang teraba-raba..


Ni pon nyawa jugak ni..ngan kabel sekali coz kepala charger aku letak kat opis trus..




Beg pink ni, makep beg aku..yang juga aku usung kesana kemari.. nampak je banyak..yang banyak pon lipstik je..krim tu krim siang ngn krim malam..ada dalam ni sebab aku baru balik dari umah mak aku..tido umah die aku bwk semua barang..Pallet yang ada tu, pallet utk shading..aku biasa2 je kalau makeup pegi keje tu..



Jam tangan ni aku selit je dalam beg senang..sebab aku seorang yang pelupa..Jam ni hadiah dari Encik Husband 3 tahun yang lepas..mase lepas die habis rekrut di Langkawi mse birthday aku..(nak mention jugak..)Fishermans Friend memang tak tinggal..kadang2 aku ni teringin nak makan manis2..makan je ni terus hilang craving manis2 tu..
Demikianlah pendedahan tentang benda2 yang aku simpan dalam beg aku..Mintak maaf kalau entry kali ni x berapa sangat..
Jumpa lagi di lain waktu hokey..bye..