Tiada apa yang istimewa..semua cerita dalam blog ini sebahagian daripada "Perjalanan" hidup saya untuk dikongsi bersama anda..

Thursday, 30 June 2016

Spaghetti Daging dan Ayam

Hari malas aku dah datang..Ramadhan ke-17 cuti umum Nuzul Al-Quran.. Aku satu hari mengemas rumah basuh baju..bile petang mood dah jadi malas..tengok ape ade kat dapur walaupun sayur ape pun takde..so aku decide utk masak spagetti..goreng kering je..
Ayam ni sebenar nye ayam golek balance husband aku beli kat bazar ramadhan tak habis..sayang nak buang membazir kan..


SPAGHETTI DAGING DAN AYAM



Bahan-bahan:-

1 bungkus Spaghetti (rebus dulu)
1 Bungkus daging kisar Ramlee (goreng dulu tanpa minyak)
1 Labu Bawang holland (potong dadu)
5 Ulas Bawang putih (cincang halus)
1 Sudu besar keju parmesan (ikut selera masing-masing lebih pun takpe)
4 sudu besar minyak untuk menumis
3 sudu besar lada hitam (utk herbs suka hati klu nak guna oregano @ pape pun. Ikut tekak Masing-masing)
Garam secukup rasa


 Kan banyak ayam tu..memang sayang nak buang..


Cara-Cara:-

1. Panaskan minyak tumiskan bawang putih hingga naik bau

2. Bila bawang putih dah garing masukkan bawang holland

3. Tunggu hingga bawang holand masak lembut baru masukkan daging yang telah digoreng dulu

4. Kacau dan masukkan spaghetti yang telah direbus terlebih dulu. perasakan dengan garam dan lada hitam

5. Kacau sampai sebati dan tutup api..taburkan keju parmesan dan kacau supaya cheese kene pada semua spaghetti.



SELAMAT MENCUBA 
DAN
SELAMAT BERBUKA PUASA