Tiada apa yang istimewa..semua cerita dalam blog ini sebahagian daripada "Perjalanan" hidup saya untuk dikongsi bersama anda..

Thursday, 30 June 2016

Resepi Sambal Tumis Udang

Udang Lagiii..??? Udang ni balance beli aritu.. Tak habis makan lagi.. Banyak kot sampai bole masak 3 kali.. Kali ni aku nak kongsi resepi sambal tumis udang..untuk menu berbuka Ramadhan yang ke- 16.
Kat umah aku jarang nak wat masak gulai berkuah ni..sebab aku suke yang simple-simple aje.. kali ni husband aku makan jugak walaupun die tengah berdiet.. Die pun tak heavy diet..half diet je..


Sambal Tumis Udang

Bahan-Bahan:-

20 ekor udang saiz sederhana dicuci bersih
10 Tangkai cili kering (direbus)
2 Labu Bawang Besar (banyak lagi sedap)
2 ulas bawang putih
Minyak
5 Sudu besar air asam jawa
2 Sudu besar Gula (ikut selera nak letak banyak pon boleh)
garam secukup rasa


Cara-cara:-

1. Blend cili kering,bawang dan bawang putih
2.Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang telah diblend
3. Tunggu sampai cili betul-betul masak dan pecah minyak
4. Setelah kering dan pecah minyak dan kering tambah air asam jawa
5. Masukkan gula dan garam
6. Akhir sekali masukkan udang dan kacau sampai udang masak..utk elakkan air udang keluar, bukak api besar sambil kacau-kacau hingga masak

SELAMAT MENCUBA