Tiada apa yang istimewa..semua cerita dalam blog ini sebahagian daripada "Perjalanan" hidup saya untuk dikongsi bersama anda..

Tuesday 19 April 2016

Oreo Cheese Simple..

Projek ni dah berbulan lamenye..baru aje nak entri..kan dah lame blog aku ni tak beroperasi..
Haritu la punye cerita..tengah lepak-lepak tetibe Encik Husben request teringin nak makan cheese..ape-ape je la..cheese meleleh ke ape ke.. Aku cakap esok lah sbb die request pun dah malam..

Esoknye..balik keje je terus menyinggah Giant kat umah tu..senang.. Hasilnye..tadaaaa..
follow resepi kat bawah k..


ni pic sebelum masuk peti sejuk..tak sempat nak letak pic selepas 


Bahan-Bahan:-

250 gram cream cheese (aku guna Tartura)
1/2 cawan gula (terpulang pada yang suka manis)
1 paket biskut Oreo (paket yang panjang tu)-separuh hancur2 kan
1/2 cawan cream
esen vanila

Cara-cara:-
pukul cheese ngn gula sampai kembang masukkan cream dan esen vanila beat lagi sampai sebati.
Masukkan separuh paket oreo yang telah dipatah-patahkan dan kacau pakai spatula sahaja..
Masukkan dalam bekas dan hiaskan dengan lebihan oreo mengikut kretiviti anda.
Sejukkan selama 6 jam atau lebih..


Pada yang ada anak-anak kecik hidangan ni amat sesuai kerana rasa die dah mcm ice cream..tak perlu lagi beli ice cream kat luar..buat sendiri aje..jimat kos..
sekian sahaja entry saya kali ni jumpa lagi..


No comments:

Post a Comment