Tiada apa yang istimewa..semua cerita dalam blog ini sebahagian daripada "Perjalanan" hidup saya untuk dikongsi bersama anda..

Sunday, 2 August 2015

Lamb Grill Cik Gebu

Morning semua..job weekend lepas.. biaselah bila dah jadi suri rumah berkerja ni..weekend je la ade makanan sedap-sedap nak masak..
Hari-hari biase bukan malas atau tak masak langsung tapi weekend tu masak lebih special lah..
Minggu ni My Husband cakap tak nak makan nasik.. so die suruh buat menu yang simple..aku pun try ler buat..resepi tak sehebat chef terkenal Ramsay's..tapi rase ok lah..



Lamb Grill Cik Gebu

Bahan-bahan :-

3 Keping Daging Kambing (Lamb Shoulder)
2 Sudu Besar Lada Hitam (Kasar)
5 Sudu Besar Kicap Manis
2 Sudu Kecil Gula
Garam Secukup rasa

Cara-cara:-
1. Bersihkan daging kambing terlebih dahulu
2. Gaulkan bahan-bahan diatas dan perap semalaman atau minimum 3 jam sebelum daging di grill

 Lain orang lain caranye..tapi kalau aku camni la cara aku buat lamb. Kalau nak lagi sedap dan wangi letak sedikit serai yang telah di blender..bila digrill akan ade rase cam sate gitu.. Aku ni nak kate pandai sangat memasak takde la sangat..aku main bantai je..tekak boleh terima..kire boleh makan ok la..
Ok..next time ade resepi lagi aku kongsi k...selamat mencuba ye..