Tiada apa yang istimewa..semua cerita dalam blog ini sebahagian daripada "Perjalanan" hidup saya untuk dikongsi bersama anda..

Sunday 26 July 2015

Resepi Molten Lava Kek Kak Gebu


Dah lama tak membaking sebab sibuk.. ni lepas-lepas raya ni boleh la buat ape yang rase nak makan..memandang kan Encik Husband belum memulakan diet die..sebab rse bersalah pulak nak buat ni time die diet coz memang die suke disert-disert ni..so kita terus ke bahan-bahan nye..
 

BAHAN-BAHANNYA:

113gm  (4 oz) semisweet baking chocolate ( kalau nak pakai apa-apa coklat bar pon bolehlah)
113gm unsalted butter ( potong dadu)
2 eggs
1/4 cup flour @ 35gm flour 
1/3 cup granulated sugar @ 67gm ( agak-agak, kalau pakai choc bar yg dah manis tu, kurangkanlah gulanya)
butter for ramekin @ muffin tray @ paper cup yang untuk buat muffin yang saya gunakan



CARA-CARANYA:

1) Patahkan coklat masakan@bar Gunakan teknik double boiler untuk cairkan coklat supaya tak hangus, bila dah cair, masukkan dalam butter yang dah siap dipotong dadu, kacau sampai butter cair dan sebati.. Tapi aku masukkan dalam coklat + butter dalam microwave je. hehe senang!

2) Bila dah cair asingkan ke tepi dulu.

3) dalam bekas lain, Pukul telur dan gula sampai keputihan warnanya. (kalau nak guna tangan tak payah mixer pun boleh)

4) Masukan coklat + butter cair tadi ke dalam hasil pukulan telur tadi dan kacau sampai sebati.

5) campurkan tepung dan kacau lagi ye.

6) Ramekin @ tray muffin tu kene sapu dengan butter ye.. Kemudian barulah tuangkan ke dalam bekas acuan.

7) Bakar selama 10 minit! Gunakan teknik waterbath untuk elakkan rekahan di permukaan Molten lava cake.

8) terbalikkan ramekin @ tray muffin. dan Voila! yummy!

 *gambar semasa proses pembuatan tidak dapat dirakamkan oleh kerana terlupa..dah siap baru teringat

No comments:

Post a Comment