Tiada apa yang istimewa..semua cerita dalam blog ini sebahagian daripada "Perjalanan" hidup saya untuk dikongsi bersama anda..

Wednesday, 29 July 2015

Resepi Baked Spaghetti Kak Gebu

assalamualaikum dan Selamat petang..aku pun tertanya-tanya apahal lah rajin sangat 2-3 hari ni nak menghapdet..sebenarnye buatnye dah lame..arini baru nak hapdet sesikit..walaupun takde sape pon nak tengok blog aku ni..
Resepi ni aku reka sendiri..memandangkan suami aku suka pasta dan cheese so aku pun try buat..dan die pun cakap sedap..


Bahan-bahan :
1 paket spaghetti
1 Labu bawang putih}dicincang
1 Biji bawang holand}didadu
1 botol kecil sos prego (apa-apa flavour pn..tapi aku lebih suka mushroom)
1 tin cendawan butang
400 gram daging cincang
100 gram mozarella cheese
100 gram cheddar cheese
Sedikit minyak (nak guna olive oil pun boleh)
garam
perasa

Cara-cara:
1. Rebus spaghetti dengan sedikit minyak dan secubit garam sehingga speghetti kelihatan ala dente' (konon..)
2. Panaskan kuali dengan 3 sudu minyak dan gorengkan daging cincang sehingga keperang-perangan dan ketepikan.
3. Dengan menggunakan kuali yang sama tumiskan bawang putih sehingga perang tapi bukan hangus..kemudian masukkan bawang holand tunggu sehingga bawang layu.
4. Masukkan cendawan dan daging cincang yang dah digoreng tadi masak sampai cendawan sedikit layu..
5. Masukkan sos prego,garam,perasa dan kacau rata..dan masukan speghetti..kacau sampai rata..(sos speghetti akan kelihatan lebih sedikit dari spaghetti)
6. Masukkan semua spaghetti ke dalam loyang atau bekas kaca tahan panas..ratakan
7. Taburkan semua cheese menutupi spaghetti dan bakar dengan kepanasan 160 darjah celsius selama 10 minit..

*Jangan bakar terlampau lama..nanti cheese mudah hangus..memandangkan spaghetti telah dimasak, bakar sekadar cairkan cheese..sedap dimakan ketika panas-panas.